Aktiviti Semasa Cuti Sekolah/Selepas Peperiksaan
Hari ini 6 December 2015. Peperiksaan SPM dan STPM pun dah secara rasminya melabuhkan tirai. So, takkan semua nak duduk mereput dalam rumah sahaja kan....... sini saya nak senaraikan sedikit aktiviti yang dapat dilakukan semasa cuti sekolah ni. Bagi yang ada di IPTA dan IPTS jangan jealous yaaaaa..
1. Cari kerja sambilan/Part time working
Cari kerja sambilan ni bagus sebenarnya, dapat duit belanja lebih boleh simpan untuk kegunaan sambung belajar. Saya baru habis STPM, saya dengar kata mmg kos sara hidup ni tinggi sikit di alam universiti. Pepandailah berjimat cermat yaa... Di samping dapat cari pengalaman baru. Mana nak dapat pengalaman chek ooii kalau nak tulis resume lepas habis graduate nanti, jadi sekaranglah peluang nak cari pengalaman tu. Jangan pula lupa catat tarikh masuk kerja dan tarikh berhenti kerja. Semua tu penting.
2. Pergi bercuti dengan keluarga atau kawan2/Holiday with family or friends
Masa lapang mcm nilah yg patut kita gunakan bersama keluarga dan kawan2. Luangkan masa berkualiti bercuti di tempat2 peranginan di dalam atau luar negara. Bercuti bersama keluarga dapat eratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain(dah mcm karangan saya tulis). Tapi itu realitinya, kalau bercuti mau tak berkepit dengan parents, kalau tak sesat la ko nk ooii... kalau di rumah ada nak berkepit. Jangan harap. Hahahahax. Ok, selain itu dapat juga menimba pengalaman baru secara directly. Kita juga dapat adapt dengan situasi di dunia luar tak la terkejut beruk bagai kera dapat bunga masa kita kena berada di dunia luar. Sebab sekarang ni mmg byak kemudahan, nak apa google ja. Tapi itu secara indirectly. Tak best la. No adventuresss bak kata pepatah kenya.
3. Berkebun/Gardening
Aktiviti berkebun juga satu aktiviti yang patut dilakukan masa cuti sekokah ni. Dah cuti2 ni tolong lah mak bapak tanam poko kat rumah tu. Cantik sikit ambiance dia. Tak la boring. Sebab bila persekitaran rumah kita cantik, hati pun tenang. Berkebun juga dapat mengeluarkan peluh, sihat untuk badan. Sapa anak2 gadis yang nak kuruskn badan secara alami saya nasihatkan agar berkebun. Mmg bagus. Selain itu dapat jimatkan kos belian bahan runcit rumah. Berkebun tu tanam pokok2 yang memberikan hasil lagi bagus. Mcm pokok kacang buncis, betik... kan jimat
4. Pulang ke kampung/Go back to your village
Cuti2 panjang ni bagus juga balik kekampung halaman. Beramah mesra dengan datuk dan nenek korang. Seronok di kampung. Main2 panjant pokok ke, bakar sampah ke. Kalau main tu biar sampai kena tungau dan miang satu badan. Baru best. Berguling kau tengah2 malam gatal. HAHAHAHAHA. Budaj2 sekarang ntah2 tungau pon tak kenal. Silap2 kena google. Ish2. Balik ke kampung juga dapat hilangkan rasa stress tekanan di bandar. Ada bnyak pokok2 yg menjadi terapi minda di kampung. Sejuk je. Tak payah guna aircond.
5. Belajar awal untuk tahun depan/Study earlier for next year
Bagi pelajar2 tingakatan 4 saya nasihatkan cuti sebulan ni lebih baik belajar untuk tingakatan 5 punya silibus. Sebab bukan senang sekarang dengan kbkknya, hotsnya, kbatnya. Jadi jangan sampai dah terhantuk baru tergadah ya. Yg lepasan spm tu bolehlah mencuba belajar untuk di peringkat seterusnya, tak perlu lah belajar gila2, cuma dapat pendedahan sikit is enough. Korang pon boleh lah fikir nak sambung belajar di mana STPM, MATRIKULASI, DIPLOMA, ASASI, A-LEVEL, INTERNATIONAL BACALAUREATTE dan sebagainya. Itu semua pilihan korang sendiri.
Di sini saya dah senaraikan 5 perkara yg semua boleh lakukan semasa waktu cuti. Kalau kena buat karangan pun boleh ambil sini sebagai isi. Itu pun kalau cikgu terima ye... hehehehehe.
Salam from me.
Comments
Post a Comment