Posts

Showing posts with the label infoam

Bachelor of Science Honour (Statistics) UiTM CS241 Course Outline / Plan of Study / Pelan Pengajian

Kalau dah dpt tawaran ke universiti tuh, pasti korang akan cari dia punya course ouline. list yg akan belajar, ye dok? Kat sini saya akan sertakan course "subjek" yang akan korang ambil sepanjang bergelar statistic undergraduates di UiTM. Plan of Study CS241 Pelan Pengajian Program CS241 Semester 1 STA400 Probability and Statistics I,  STA420 Fundamentals of Research,  MAT441 Calculus II,  CSC415 Fundamentals of Computer Problem Solving, CTU551 Islamic and Asian Civilization,  Co- Curriculum I Semester 2 STA450  Fundamentals of Regression Analysis,  STA470  Statistical Methods,  MAT422  Mathematical Logic and Proving Techniques,  MAT423 Linear Algebra I, QMT437 Operational Research,  ITS432 Database Design and Application,  Co-Curriculum II Semester 3 ELC590 English for Oral Presentation,  CTU555 Malaysian History,  STA500 Nonparametric Statistics,  MAT491 Calculus III,  ...

Kisah Malaysian University English Test (MUET)

Image
Kalau disebut pendidikan pra-universiti, MUET pasti x asing kan. Tak kira lah STPM, Matrikulasi, Diploma atau Asasi semuanya akan bertemu jodoh dengan si MUET. Tapi rasanya A-Levels, International Bacalaureatte, AUSMAT, dan lain2 lagi tu akan ambil IELTS. MUET tu bermaksud Malaysian University English Test. Kalau sesiapa nak sambung degree mmg kena ada muet at least Band 1 mulai tahun ni mungkin akan dinaikan kpd Band 2. Syarat setiap kos yg dipohon memerlukan Band MUET yg berbeza ya . MUET ini dukur melalui sistem BAND. Band 1,2,3,4,5,6. Band 6 adalah yang paling hebat. Jadi yang atas tu dia punya grading. Lagi tinggi band, lagi hebatlah English. Kat bawah ni pula komponen2 MUET. Jadi semua org mmg akan kena ambil keempat2 paper iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Setiap kertas mempunyai pemberat tersendiri. Ini bermaksud, markah yg diberi oleh setiap kertas dlah berbeza. Misalnya, Reading paper mempunyai wajaran yang paling tinggi. Jadi semua org kena buat...

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah/Selepas Peperiksaan

Hari ini 6 December 2015. Peperiksaan SPM dan STPM pun dah secara rasminya melabuhkan tirai. So, takkan semua nak duduk mereput dalam rumah sahaja kan....... sini saya nak senaraikan sedikit aktiviti yang dapat dilakukan semasa cuti sekolah ni. Bagi yang ada di IPTA dan IPTS jangan jealous yaaaaa.. 1. Cari kerja sambilan/Part time working Cari kerja sambilan ni bagus sebenarnya, dapat duit belanja lebih boleh simpan untuk kegunaan sambung belajar. Saya baru habis STPM, saya dengar kata mmg kos sara hidup ni tinggi sikit di alam universiti. Pepandailah berjimat cermat yaa... Di samping dapat cari pengalaman baru. Mana nak dapat pengalaman chek ooii kalau nak tulis resume lepas habis graduate nanti, jadi sekaranglah peluang nak cari pengalaman tu. Jangan pula lupa catat tarikh masuk kerja dan tarikh berhenti kerja. Semua tu penting. 2. Pergi bercuti dengan keluarga atau kawan2/Holiday with family or friends Masa lapang mcm nilah yg patut kita gunakan bersama keluarga dan kaw...

Kebaikan dan Keburukan Tingkatan 6

Image
Sudah sepenggal melalui alam persekolahan di tingkatan 6 High School Bukit Mertajam, akhirnya barulah terlintas nak mengarang sikit tentang kebaikan dan keburukan tingkatan 6 atau sekarang lebih dikenali sebagai pra-universiti berbanding dengan diploma dan matrikulasi. Sini aq nak briefing sikit tentang Tingkatan 6 : Tingkatan 6 merupakan salah satu jalan cepat nak masuk universiti di samping matrikulasi dan asasi. Tingkatan 6 menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) iaitu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Badan Berkanun yang sama mengelolakan MUET (Malaysian University English Test). Rasa-rasa korang semua kalau di Singapore panggil apa ye? takkan SUET kot? hehehehe .  Ok2... back to our topic.... jadi STPM ni mmg susah ya amat la ye.. Berbanding dengan peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PMR sekarang PT3, dan SPM yang dikelola oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kadang2 MPM dan KPM ni tak ngam dari segi sukatan pelaj...

Budaya Membaca

BUDAYA MEMBACA (a)     Peranan ibu bapa memupuk amalan membaca:                                  i.              Ibu bapa sebagai suri teladan                                ii.              Ibu bapa membeli bahan bacaan secara tetap                              iii.              Ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku   ...

Semangat Kejiranan

SEMANGAT KEJIRANAN (a)     Usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat: i.          melalui amalan rumah terbuka pada setiap sambutan perayaan ii.        mengadakan aktiviti Hari Keluarga di kawasan kediaman iii.      menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi iv.      menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti gotong-royong dan kenduri-kendara v.        kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kejiranan dengan lebih giat (b)     Kepentingan semangat kejiranan:                        i.              Memupuk hubungan baik antara jiran     ...

Dasar 1 Murid, 1 Sukan (1M1S) [ SPOT SPM 2013 Bahasa Melayu ]

Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan oleh Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Malaysia merupakan langkah positif untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif. B incangkan pendapat anda tentang faedah-faedah pelaksanaan dasar tersebut kepada para pelajar dan negara. Budaya bersukan seolah-olah menjadi suatu fenomena di negara ini. Tanpa mengira siang atau malam, minat terhadap aktiviti sukan semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukti yang amat jelas apabila terdapat sebilangan besar yang rela bersengkang mata semata-mata untuk menonton pertandingan bolak sepak di peringkat antarabangsa. Dalam negara juga, penonton akan berpusu-pusu membanjiri stadium apabila diadakan pertandingan sukan. Sungguhpun demikian, budaya menggemari sukan dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum mampu mengangkat imej sukan negara terutama di persada antarabangsa. Menyedari hakikat tersebut pelbagai inisiatif telah digemblengkan oleh pihak kerajaan. Salah satu inisiatif yang cukup prag...

Apabila Kiamat Tiba........

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama...

Malam Lailatul Qadar..!!!

Ada pelbagai pendapat mengenai tanda-tanda malam  Lailatul Qadar , dari yang benar hinggalah yang diada-adakan. Ada beberapa perkara yang didakwa berlaku pada malamnya, yang mungkin pernah kita dengar dari mereka-mereka yang mendakwa bertemu dengan Lailatul Qadar atau dari penceritaan semula. Di antaranya ialah pokok tunduk atau sujud, ikan di laut bergelimpangan di atas tanah, air sungai berhenti mengalir, malam yang sangat tenang dan sebagainya. Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, "Pendapat terpilih berdasarkan himpunan dalil-dalil bahawa, dijadikan Lailatul Qadar itu tetap berlaku pada malam sepuluh akhir Ramadhan, kemudian pada malam ganjilnya, tidak ditetapkan melalui tanda-tandanya yang khusus, sebagaimana petunjuk dalil-dalilnya yang jelas.  (Fathul Bari, 4/260) Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulama mengenai bila berlakunya Lailatul Qadar. Menurut Imam Syafie, Lailatul Qadar termasuk dalam 10 hari yang ...