Nak dimulakan cerita, pada hari Sabtu lepas, SMK Berapit Bukit Mertajam ada LDP(Latihan Dalam Perkhidmatan) yang diadakan di Hutan Belum, Perak. Jadi semua guru2 yang ingin pergi kena bayar RM200 each person dan boleh bawa ahli keluarga masing2 untuk bermalam di atas rumah bot aka boat house. Ahli keluarga juga dicaj RM200 ye. Bagi tang tidak bermalam kosnya murah sikit. Tapi saye tak tahu berapa.. kihkihkih... ^_^. Jumlah guru yang pergi hari tersebut adalah seramai 80 orang. Separuh daripada tersebut bermalam dan separuh lagi balik hari.
|
Di jeti Hutan Belum tunggu naik Speed Boat |
|
Tak ada kerja ambil gambar pemandangan |
Nak pergi Royal Belum ni sebenarnya senang saja. Bagi yang tinggal di Bukit Mertajam-Kulim-Lunas. Ambil saja BKE(Butterworth-Kulim Expressway) terus... and then terus....then terus lagii...
kemudian sampai. SENANG KAN .. adalah dalam 0230 jam masa perjalanannya.
Selepas sampai, kami masuk ke tempat jeti. Tak macam jeti langsung. Kecil betul dan JANGAN turun sampai ke bawah, sebab jeti tu ada dekat bawah kena turun bukit sedikit (lihat gambar di atas). Kereta mmg bnyak, dan kalau nak naik mmg susah. Kalau kereta auto nak turun sampai ke tasik pon tak apa. ni yang pakai kereta manual tu mikior la 456 kali sebelum turun.
First, kami semua pergi melihat bungan rafflesia. First time naik speed boat masa tu. Memang syok habis. Nak ambil gambar pon takut, takut hp jatuh dalam tasik. mau nangis sampai balik la.... so saye ambil gambar di entrance ke tempat rafflesia tu. (Macam yang anda boleh lihat di gambar bawah). Sya tak ambil gambar rafflesia sebab tak ada pon, yang ada dah mati lagi satu sebab bukan musim rafflesia sekarang. Mungkin dalam bulan 11 ada kot... saya kata KOT .. ye.
Selepas kami melawat bunga rafflesia yang malu nakkembang, kami pergi melawat Rumah Orang Asli Puak Jahai. Memang ambil masa yang lama dari tempat raffleis tadi. Kau duduk atas speed boat tu sampai kebas urat kentut. Sampai2 saja d rumah orang asli, hujan turun bagaikan mutiara, membasahi bumi Belum. Sekali pandang, mereka ni agak peramah. Sebenaqnya pemalu. EH.. korang ingat mereka tu kolot ka.. ADA ASTRO tau kat rumah diorang. Tapi kalau sesiapa yang nak pergi tu bolehlah bagi chikedes, twisties, kitkat, kfc, pizza..... budak2 tu suka.. seronok je tengok mereka makan. sebab mereka susah nak dapat benda2 tu. Muka2 budak2 orang asli saye ambil guna DSLR, disebabkan oleh malas nak buka memory card, saya tak letak gambar diorang, doa2kanlah saye rajin ye nk letak. Korang nak tahu tak, selepas anak2 puak jahai ni kawin, diorang kena buka kampung baru. Setiap kampung kena ada hanya 15 orang sahaja.
|
Rumah Puak Jahai 1 |
|
Rumah Puak Jahai 2 |
|
Rumah Puak Jahai 3 |
|
Kawasan Perairan di sekitar kampung |
|
Rumah Puak Jahai 4 |
|
Atap bumbung rumah..masa hujan tak tiris pon.. hebat kan |
|
Kawasan perumahan Puak Jahai |
|
Kawasan hadapan rumah |
|
Speed Boat kami satu boat boleh sumbat 8 orang |
|
Jahai's Hall |
|
Jahai's Hall 2 |
|
Tasik |
|
Permandangan di kawasan Jahai |
|
Kawasan Perumahan Jahai |
Selesai sahaja melawat puak Jahai ni, cikgu2 yang mana balik hari pon sudah boleh balik ke rumah masing2, yang mana bermalam akan stright ke boat house.
|
Rumah Boat kami |
|
Dek atas rumah boat |
|
Dek atas |
|
Hujan masa dalam boat house |
|
BBQ Time !!! |
|
Cikgu Haslinda me'bbq'kan ayam |
|
lai2... ayam bbq |
|
saya sedang memancing. bukan candid. muka stress sebab ikan tak sangkut |
|
beristirehat |
|
pemandangan |
|
ikan toman kecik |
Kemudian, pada hari seterusnya kami pergi ke Air Terjun Ruok. Mandi manda sebelum balik rumah.
|
Saye baru lepas berendam |
|
Ambil Angin |
|
Mandi Manda |
|
Air Terjun Ruok |
Last sekali, kami semua pon bergambar sebelum pulang.. malas aq nak taip panjang2.. lapaq nasi ngat aih bila menulis ni...
|
Tak dapat naik Titanic, House Boat pon jadilah |
Comments
Post a Comment