Pengalaman Mengambil Lesen Kereta Part 2 (Latihan di tapak)

Baiklah.... sambung daripada last entry iaitu Pengalaman Mengambil Lesen Kereta Part 1 ...
Sesiapa yg belum baca part 1 lebih baik baca yang itu dulu baru best sambung baca part 2 yg akan aq wat sekarang... 

Dalam Institut Memandu Kunci Rimbun di Kulim itu (bukan situ je, semua tempat sama) ada 3 jenis latihan atau x tahulah nak dipanggil apa benda iaitu:

1. Bukit
2. Parking (Masuk belok/sisi)
3. Tiga penjuru / Jalan mati
Masa first time wat latihan dalam tapak ni mmg ketaq habis la... tambah2 naik bukit... :0 OMGGGG..!!!!! Takut gilaaa... 
First try cikgu ada di sebelah la kan, kalau x mau aq langgar semua kon2 merah kat depan tu.. hahaha... 

BUKIT

1. Mula2 start enjin keta pastu tekan clutch masuk gear 1.
2. Lepas clutch pelan2 sehingga kereta rasa sudah hendak bergerak baru tekan minyak.
3. Kereta akan naik dengan lancar secara cemerlang, gemilang dan terbilang.
4. JANGAN goncang handle..!! Klau x dia akan senget..!!!
5. Berhenti apabila sampai di line kuning (tekan clutch dan brek hampir serentak). Cara nak tahu ialah apabile side mirror lepas sikit dari tiang pertama.
6. Tarik hand brek dan lepaskan brek kaki perlahan2 sehingga kereta tidak bergerak.
7. Tengok samada tayar kereta mencecah line kuning. 
8. Klau x ok, boleh turun balik dan naik semula.(2 kali try je kalau jpj)/ Klau kena line kuning terus angkat tangan dengan bangganya ala2 miss world.
9. Sedia untuk turun (PENTING)
10. Tekan minyak sehingga 3.0 dan pelan2 lepas clutch sehingga kereta rasa terjongkit.
11. TAHAN KEDUA2 CLUTCH DAN MINYAK DALAM KEADAAN TU.
12. Turunkan handbrak dan keta akan meluncur laju.
13. Kawal brek kaki. Jgn tekan minyak plak kang masuk hutan...
14. Turun keta dengan bangganya..

Aq punya cerita masa time bukit masa naik elok dah... Masa nak turun tu bnyak kalu aq dah wat yg 'terbaik' tapi masa tekan minyak then lepas handbrake terus keta menggelonggsor turun bawah dengan cantiknya. Cikgu tu kata kata kat aq "org lain belajar naik bukit turun depan, hg naik bukit reverse ke belakang, kalau la lulus nnti bawa keta mesti lari dari bukit ni...". Aq jawab "Konfem saya guna jalan jauh kalau ada bukit". Aq rasa aqlah yg paling pandai reverse bukit dalam tempat tu.. lurus jaa...bila undur..

Next Paking(masuk belok)

1. Masuk ke tempat untuk aktiviti parking ni dengan perlahan menggunakan gear 1.
2. Bawa kereta yg baru belok kehadapan sedikit untuk luruskan tayar.
3. Masukkan gear reverse dan undur sehingga bahu sama dengan tiang hitam.
4. Pusing stereng kiri habis.
5. Undur sampai side mirror kanan nampak tiang hujung/ sampai nampak parking belakang dengan penuh.
6. Pusing kanan dua kali untuk luruskan tayar.
7. Undur sampai tayar belakang belah kanan kena line hitam.
8. Pusing kanan habis
9. Kereta akan masuk dalam petak parking dengan elok.
10. Jangan kena line hitam kat belakang. ( tempat aq dya letak line hitam ) kalau korang dalam sejengkal sebelum langgar tembok tu berhenti.
11. Pusing kiri dua kali untuk luruskan tayar. 
12. Angkat tangan.
13. Pusing kanan dua kali dan tukar ke gear 1. Kalau x tukar gear langgar lah semua divider yg depa letak tu.
14. Keluar dari petak paking tu cepat2 dan JANGAN MATI ENJIN .

Aq x ada masalah di sini..

Last 3 penjuru/ 3 point turn/ jalan mati

1. Bawa kereta dengan perlahan (kawal clutch shj, xpyh tekan minyak)
2. Apabila bahu berada sama dengan tiang/ divider pusing kanan habis dengan pantas gila babi.
3. Pusing kiri dua kali untuk luruskan tayar (PENTING DAN WAJIB)
4. Dengan pantas pusing kanan habis apabiala hendak masuk dalam petak parking.
5. Tekan brek cepat2 apabila dah masuk sepenuhnya dalam petak parking tu.
6. Pusing kiri habis
7. Tekan clutch masuk gear Reverse
8. Then lepas clutch pelan2 kawal clutch jgn bagi enjin mati.
9. Apabila kereta dah undur dan lurus tukar ke gear 1.
10. Pusing kanan dua kali dan keluar.

Aq nak citer sikit, masa ni dah last day wat latihan.. Esok tu dah JPJ test.. ada budak pompuan ni dya aq rasa gubra tahap hulk hogan laa... sebelum sampai tiang untuk belok dya dah belok. Pastu dah masuk dalam kawasan tu tak pusing kiri dua kali,  dia dengan selamba yakin boleh terus masuk ke dalam paking tu. Pastu nak undur keta tersekat sebab tayar cium terus divider tu. Dya dah mcm nak nangis dah. Then cikgu dya mai tolong......

X tahulah JPJ test dya lulus ka x.......
Part yg akan datang aq cerita Pengalaman JPJ test aq plak...
Till we meet again.. :) 

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor of Science Honour (Statistics) UiTM CS241 Course Outline / Plan of Study / Pelan Pengajian

Pengalaman Mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Life in University: Statistics and me