Fasa pertama, kedua dan ketiga dalam bulan ramadhan


Fasa pertama rahmat
Alhamdulillah selesai sudah kita lalui fasa pertama bulan ramadhan iaitu 10 malam pertama permulaan ramadhan. Dalam fasa pertama ini dikenali sebagai fasa Rahmat dari Allah SWT. Rahmat Allah SWT ini juga merangkumi kepada orang bukan Islam yang mana dalam bulan Ramadhan ini, pintu rahmat Allah SWT terbuka luas untuk semua, semua akan memperolehinya. Apa yang berbeza adalah mungkin rahmat yang diterima oleh orang yang beriman berbeza dengan rahmat yang diterima oleh orang bukan Islam sesuai dengan keadaan dan situasi masing-masing. 
Namun, sedarkah kita akan rahmat Allah SWT itu? Sedarkah bahawa dalam asyik kita menjalani kehidupan kita, banyak rahmat Allah SWT berikan kepada kita samada rahmat itu dalam bentuk yang boleh kita lihat atau tidak boleh dilihat? Sedarkah kita bahawa 10 malam pertama Ramadhan adalah malam-malam yang paling banyak rahmat yang Allah SWT berikan kepada kita?
Fasa kedua maghfirah (Keampunan Allah)
Ikuti kisah nabi Muhammad S.A.W :
Ketika Nabi Muhammad S.A.W ingin menaiki mimbar, umat baginda mendengar baginda Nabi Muhammad S.A.W menyebut amin ketika menaiki tangga pertama. Di tangga kedua mimbar mereka terdgr lg baginda menyebut amin dan begitu juga seterusnya di tangga ke tiga mimbar. Ditanya para sahabat apakah yang diaminkan oleh baginda Muhammad SWA td, jawab baginda Muhammad S.A.W :
“Sesungguhnya Jibrail AS telah dtg kepadaku lalu membisik (doa) kepadaku,celakalah orang yg mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tetap tidak diampuni
Lalu aku mengaminkan doa itu. Yang kedua celakalah orang-orang yang ketika disebut namamu tetapi tidak disambut dengan selawat keatas mu. Lalu aku mengaminkan doa itu. Yang ketiga, celakalah orang yang mendapati kedua ibu bapanya yang tua ataupun salah seorang tetapi tidak memasukkan dia kedalam syurga. Lalu aku mengaminkan doa itu.”
Untuk itu, marilah kita memohon doa kepada Allah SWT supaya di hapuskan semua dosa kita yang lepas agar kita tidak tergolong dari golongan diatas.
 Fasa ke tiganya ialah ( merdeka dari api neraka)
Menanti di fasa terakhir Ramadhan ini ialah bebasnya dari api Neraka dalam ertikata setelah melalui dua Fasa Ramadhan, maka di penghujung Ramadhan janji Allah kepada manusia ialah terbebasnya manusia dari api neraka. Terbebasnya manusia dari api neraka ini merupakan hadiah Rabbul Jalil kepada mereka yang bersungguh-sungguh memenuhi Ramadhan dengan keyakinan , kepercayaan, ketelusan dan kesabaran mereka inilah yang akan diampunkan oleh Allah SWT.
Fasa terakhir Ramadhan ini dianugerahkan oleh Allah SWT dengan malam Lailatul Qadar. Umat Islam akan memperolehi pahala dan keberkatan  amalan dengan melebihi seribu bulan. Walaubagaimanapun ia hanya boleh diraih bagi mereka yang berusaha keras dengan mengikut tertib dan amalan yang telah digariskanpandukan oleh para ahli ibadat dan salafussoleh.
Untuk kita memperoleh dalam mendapatkan kemuliaan dan keagungan malam fasa ketiga dan terakhir Ramadhan ini ialah dengan memperbanyakkan
  1. berzikir,
  2. bertakbir,
  3. bertahlil,
  4. berdoa,
  5. beriktikaf,
  6. bertadarus Al-Quran hingga khatam,
  7. beristighfar
  8. mendirikan Qiamullail.
Bersama-samalah kita memohon dijauhi azab seksa kubur dan juga dijauhkan daripada api neraka Allah SWT. Ayuh! tingkatkan lagi usaha kita dalam menantikan malam lailatur qadar di fasa ketiga ini.
Tiga fasa yang disebutkan pada pertama (entri lepas)  dan kedua dan ketiga diatas tadi, walaupun mudah dan nampak macam senang saja bunyinya, namun untuk kita melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi. Untuk itu, mintalah bantuan dari Allah jangan kita berhenti berdoa, kerana tanpa bantuan dariNya, mustahil untuk kita mencapai TARGET kejayaan Ramadhan kali ini.
Aku  mengharapkan anda semua faham dengan apa yang dimaksudkan. Apa yang ditulis hanyalah sebagai peringatan sendiri semata-mata, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk saemata-mata. Ia adalah sebagai perangsang/motivasi diri sendiri untuk terus berusaha kutip selagi yang boleh diwaktu yang semakin singkat ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua. Insya-Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor of Science Honour (Statistics) UiTM CS241 Course Outline / Plan of Study / Pelan Pengajian

Pengalaman Mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Life in University: Statistics and me