Fasa pertama, kedua dan ketiga dalam bulan ramadhan
Fasa pertama rahmat Alhamdulillah selesai sudah kita lalui fasa pertama bulan ramadhan iaitu 10 malam pertama permulaan ramadhan. Dalam fasa pertama ini dikenali sebagai fasa Rahmat dari Allah SWT. Rahmat Allah SWT ini juga merangkumi kepada orang bukan Islam yang mana dalam bulan Ramadhan ini, pintu rahmat Allah SWT terbuka luas untuk semua, semua akan memperolehinya. Apa yang berbeza adalah mungkin rahmat yang diterima oleh orang yang beriman berbeza dengan rahmat yang diterima oleh orang bukan Islam sesuai dengan keadaan dan situasi masing-masing. Namun, sedarkah kita akan rahmat Allah SWT itu? Sedarkah bahawa dalam asyik kita menjalani kehidupan kita, banyak rahmat Allah SWT berikan kepada kita samada rahmat itu dalam bentuk yang boleh kita lihat atau tidak boleh dilihat? Sedarkah kita bahawa 10 malam pertama Ramadhan adalah malam-malam yang paling banyak rahmat yang Allah SWT berikan kepada kita? Fasa kedua maghfirah (Keampunan Allah) Ikuti kisah nabi Muhammad S.A.W :